Webinar Kebenaran Menakutkan Disebalik Dark Web
29 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 Ogos 2025 (Khamis), telah diadakan webinar NADIxCybersecurity bertajuk Webinar Kebenaran Menakutkan Disebalik Dark Web yang bermula pada jam 3:00 petang sehingga jam 4:30 petang secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Seorang peserta telah menyertai webinar tersebut.
Webinar ini membongkar sisi gelap zaman digital dengan memahami apa itu “Dark Web”, bahaya kumpulan jenayah siber (OCG), serta cara mengelakkan ancaman mereka. Turut disertakan demo langsung yang membezakan fakta dan mitos mengenai Dark Web.
Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: